Thursday, April 29, 2010

Aktiviti Pesta

Pesta Benak Semakin Rancak

Aktiviti Pesta Benak makin rancak dengan pelbagai aktiviti yang memastikan mana mana pengunjung akan menikmati susana berpesta yang lain dari lain. Apatah lagi sekiranya benak hanya unik di bandar Sri Aman dan masa ini fenomenon tersebut dapat disaksikan di Batang Lupar Sri Aman sahaja,


Di dalam bot semasa dikejar oleh ombak dan gemombang benak


Gelombang yang tinggi boleh menyebabkan bot kecil karam


Para penyelamat sentiasa bersedia untuk memastikan mereka yang jatuh ke dalam Sungai dapat dibantu dengan segera


Pengunjung Pesta Benak seronok melihat Regatta Benak dan kemunculan Benak


Cik Anna Marije Raad dari The Netherlands di antara pengunjung luar negeri menyaksikan benak


Bot Pam Ski sedang berlumba


Bot kuasa 40 kuda sedang berlumba di Regatta Batang Lupar


Agensi Kerajaan seperti Pejabat Residen juga mengadakan pameran khususnya senapang lama yang pernah diguna oleh pihak Rajah Brooke dan Pemerintahan Kolonial British


Sri Aman kitchen menarik pengunjung dengan pelbagai makanan enak yang unik kepada Sri Aman
Banyak lagi gambar akan menyusul maka tunggu.......kalau sempat datang sila datanglah berkunjung untuk menyaksikan Pesta benak Sri Aman 2010.

Leia Mais…

Wednesday, April 28, 2010

Pelancaran Pesta Benak

Pelepasan belon sewaktu pelancaran Pesta Benak

Majlis Perasmian Pesta Benak Sri Aman 2010 telah selamat disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak pada 28 April 2010. Pada masa yang sama Buku Bergambar Sri Aman yang menceritakan Sri Aman pada zaman silam secara ilustrasi pelbagai gambar telah pun dilancar pada waktu yang sama. Terima kasih diucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menghadiri Majlis ini dan yang telah mencurahkan segala usaha untuk menjadikan upacara pelancaran ini menjadi nyata. tanpa sokongan serta nasihat daripada mereka majlis ini tidak akan diadakan dengan jayanya. cuaca yang baik, sokongan padu, kerjasama di antara ahli dan jabatan-jabatan lain di Bahagian Sri Aman memastikan segalanya boleh. Aktiviti-aktiviti pelancaran disampaikan di bawah. Di blog saya Nadai Nama Nama adalah versi Bahasa Inggeris.

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Yang Berhormat Datuk Patinggi Alfred Jabu Anak Numpang disambut mesra oleh YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, YB Encik Mong Dagang the Menteri Muda Pelancongan dan Pertanian dan YB TuanMasir Kujat Ahli Parliament P.202 Sri Aman.

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyaksikan tarian tradisi yang ditemani oleh muzik Rentak Benak

Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Ketua Jabatan Kanan bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di atas pentas utama

Di antara pegawai kanan yang turut hadir juga adalah (dari kanan0 Encik Nelson Mujah Girie, District Pegawai Daerah Lubok Antu, Encik Michael Dawi, Residen Bahagian Sarikei dan Encik Saudi Narani, Residen Bahagian Mukah

Bacaan Doa Selamat (prayers) : majlis ini turut dihadiri Tememggong Kanang Anak Langkau (batik kuning di barisan kedua) 

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyampaikan ucapan rasmi beliau
Pelancaran Buku berjudul "Sri Aman Mansang Maju" oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Ketua Menteri

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menunjukkan gambar yang menarik di Buku Sri Aman Mansang Maju

Ahli Dewan Undangan Negeri N.25 Balai Ringin mendapatkan tandatangan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri

Upacara Perasmian Pesta Benak 2010 serta perasmian Stesen Pemerhatian Benak sebagai Taman Panorama Benak

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri memerhatikan suasana indah dari Taman Panaroma Benak

Upacara perasmian diikuti oleh alunan muzik Rentak Benak

Pesta Benak 2010 telah dilancarkan dengan jayanya

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri melawat kawasan Pameran Benak di Taman Panaroma Benak

Kemunculan benak pada 28 April 2010 pada jam 4;18 petang dinanti-nantikan oleh semua warga Sri Aman dan disaksikan ombak yang besar seolah-olah menelan sebuah perahu

Sekali lagi warga Sri Aman ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ahli Yang Berhormat lain YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, YB Datuk Hajah Rohani Abdul Karim, YB Datuk Francis Harden Anak Hollis, YB Encik Mong Dagang, YB Tuan Masir Kujat, YB Tuan William Nyallau, YB Puan Hajah Simoi Binti Haji Peri, YB Encik Snowdon Lawan, YB Malcolm Mussen Lamoh dan YB Dr. Johnical Rayong kerana memeriahkan lagi majlis ini dengan kehadiran mereka. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan setugas dari Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dan jabatan-jabatan (Negeri dan Persekutuan) lain di peringkat Bahagian Sri Aman, Jabatan Ketua Menteri, Kementerian Pelancongan dan Warisan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan semua warga Sri Aman. Akhir kata daripada saya Selamat berpesta.

Leia Mais…

Tuesday, April 27, 2010

Sedia Untuk Berpesta

Sri Aman Bersiap Sedia

Bandar Sri Aman bersiap sedia untuk menyambut Pesta Benak dengan meriah. Tempat tinggal dan segala penginapan yang sedia ada sudah penuh. Ramai pelawat dari luar Sri Aman dilihat sedang bersiar-siar di Taman Persiaran Batang Lupar. Sepertimana yang dipaparkan pelbagai aktiviti telah disediakan untuk memeriahkan Pesta Benak di Sri aman kali ini.


Pintu Gerbang ke Tapak Pelancaran Pesta Benak di Stesen Pemerhatian Benak


Pandangan dari Stesen Pemerhatian Benak Sri Aman


Stesen Pemerhatian Benak bakal diberikan nama baru dan pekerja-pekerja sedang giat melaksanakan hiasan kepada stesen tersebut


Pameran fotografi Benak diadakan di Stesen Pemerhatian Benak sempena Pesta Benak 2010.


Dermaga Sri Aman berdekatan dilihat dihiasi dengan pelbagai jenis dan bentuk khemah yang menarik


Suasana di Tapak dan Khemah Pelancaran pada waktu siang


Aktiviti persiapan pelancaran Pesta Benak pada waktu malam sebelum pelancaran


Gambar benak yang tiba di bandar Sri Aman pada jam 3:48 petang 27 April 2010

 

Leia Mais…

Saturday, April 24, 2010

Tapak Pesta


Pemandangan udara tapak Pesta Benak 2010 - tebingan Sungai Batang Lupar. Di sebelah kiri dapat dilihat Taman Riverine Batang Lupar (Batang Lupar Riverine Park) manakala di kanan dapat dilihat Stesen Permehatian benak (Benak Observation Station) manakala ditengah sekali adalah Kubu Alice. Stesen Permehatian Benak akan dilancarkan pada 29 April 2010. Kepada pengunjung-pengunjung yang bakal datang, Selamat Datang ke Sri Aman, Bandar Benak.

The main venue for the Pesta Benak 2010 - the Batang Lupar Riverfront. In the picture above (click to enlarge) one gets to see the completed Batang Lupar Riverine Park on the left and in the middle is the historic Fort Alice. On the right is the Tidal Bore Observation Station, which is set to be launched on 28 April 2010. Welcome to the Benak Town of Malaysia (Tidal Bore Town of Malaysia) folks.

Leia Mais…

Thursday, April 22, 2010

Jemputan Pesta Benak



Residen Bahagian Sri Aman, Tuan Abang Shamshudin Abang Seruji  menjemput semua di dalam dan dari luar Negeri Sarawak untuk menyaksikan Pesta Benak 2010 di Sri Aman

The Resident of Sri Aman Division invites all guests, those from outside or in Sarawak to the Benak Festival 2010 in Sri Aman Division

Tapak - Tapak Pesta Benak 2010
Pesta benak 2010 Layout Plan


Jadual Aktiviti Pesta Benak 2010 Dikemaskini (Sila Muat turun dibawah)
Latest Updates (Change of Venue) of Some Activities - Download Below

Leia Mais…

Wednesday, April 21, 2010

Jadual Terkini Pesta

Klik pada Jadual Mengikut Tarikh untuk membesarkannya atau muatturun jadual
Click on the image by date or you can download the timetable

Jadual Pesta Benak 2010 yang terkini untuk rujukan (tertakluk kepada pindaan)
Pesta Benak 2010 Timetable and Activities for reference (subjected to change)

Leia Mais…

Sunday, April 18, 2010

Bahang Pesta Dirasai

Pesta Benak Sri Aman ATidak Lama lagi

Kepanasan matahari di waktu tengahari tidak sepanas bahang semangat berpesta penduduk Sri Aman untuk menyambut Pesta Benak. Tarikh rasmi yang ditetapkan pada 28 April 2010 hingga 2 Mei 2010 telah diumumkan semasa sidang akhbar Pesta Benak oleh Residen Bahagian Sri Aman. Perayaan pada tahun ini sungguh bermakna setelah dua tahun bandar ini tidak menyambut Pesta Benak. Ini adalah disebabkan infrastruktur pelancongan yang merupakan tapak utama Pesta Benak sedang dibina. Kini kedua-duanya siap, iaitu Taman Pemerhatian Benak Sri Aman dan juga Taman Batang Lupar.

Kini semua mereka yang terlibat sedang sibuk membuat persiapan bagi memastikan perayaan kali ini akan lebih meriah dan berwarna warni dengan pelbagai aktiviti menarik. Bandar Sri Aman bersedia untuk dilabel sebagai Bandar Benak Malaysia.


Sidang akhbar oleh Residen Bahagian Sri Aman pada 16 April 2010 dimana beliau telah mengumumkan program-program yang bakal diadakan.


Pemandangan indah dari tapak Fort Alice di Tebingan Batang Lupar yang terletak di atas Stesen Pemerhatian Benak


Ketibaan benak biasanya bersama bunyi kuat ombak yang memecah kesunyian Batang Lupar


Semua warga Sri Aman tidak sabar lagi menanti ketibaan Pesta yang berprestij ini dan kebanyakan mereka dapat dilihat menggunakan bot untuk melihat benak dengan lebih dekat lagi

Sri Aman Bandar Benak mengalu alukan kehadiran semua yang ingin mengikuti Pesta Benak 2010 di Bandar Sri Aman. Masa inilah pelawat-pelawat akan dapat menikmati bahan makanan asli Sri Aman. Aktiviti-aktiviti lain yang diumumkan dapat dilihat di rangkaian berkaitan di pautan dibawah.

Rangkaian berkaitan:

Sri Aman News Blogspot
Pesta Benak 2010 Unofficial Website
Sarawak Update 12 April 2010
Sarawak Update 16 April 2010

Leia Mais…

Wednesday, April 14, 2010

Benak April 2010

April 2010

Jadual benak yang seiring dengan kejadian King Tide dari 13 - 20 April 2010 dan 25 - 30 April (Bulan Mei 2010 tidak termasuk) dapat dilihat di Almanac Kerajaan Negeri Sarawak di atas. Dalam kotak biru, masa waktu pertama kemunculan benak (awal sekali) adalah disebelah kiri dan pada kemunculan keduanya di sebelah kanan.

Tidal Bore occurence which coincides with the King Tide from 13 - 20 April 2010 and 25 to 30 April 2010 (information for the month of May 2010not included) can be seen in the above Sarawak Government Almanac for the Month of April 2010. In the blue box the benak's first apperance for the day mostly in the morning (left corner) and the second occurence mostly in evenings (right corner).

Leia Mais…

Promosi Pesta

Bakal menghiasi Bandar Sri aman dalam minggu ini - tunggu.
The promotion banner that is expected to decorate Sri Aman Town

Latihan Regatta/ RegattaTraining

 
Beberapa pasukan disaksikan sedang berlatih lumba perahu sebagai persiapan Regatta Benak 2010. Pertandingan sengit di anatara pasukan menyebabkan beberapa pasukan membuat latiahn di luar Sri Aman, sejauh Betong dan Saratok.

Some of the competitors training for the upcoming Benak Regatta Race 2010. The fierce rivalry sees some of the teams that will be competing training outside Sri Aman town. Some as far as Betong and Saratok.

Leia Mais…

Monday, April 12, 2010

15 Hari Lagi


Imbasan Kembali/Reflection

Pada Oktober 2009 seorang warga Peranchis, Encik Antony Colas telah meluncur benak Batang Lupar. Beliau dilihat di atas sedang berlumba dengan sebuah bot dengan dua pendayung.

On October 2009, Monsieur Antony Colas, a Frenchman surfed the benak. In the picture above he is seen to be racing with a boat with two rowers.

Leia Mais…

Friday, April 9, 2010

18 Days More


Tidal Bore Observation Station, Bandar Sri Aman: Tapak Pelancaran Pesta Benak termasuk Kubu Alice - pandangan dari udara

Tidal Bore Observation station, Sri Aman: The launch site for the Benak Festival - an aerial view

Leia Mais…

Tuesday, April 6, 2010

Rebranding the Pesta

Suasana di Tebingan Sungai semasa Pesta Benak di Sri Aman pada 2001
The River Bank during Benak Festival in Sri Aman in 2001

Tempat yang sama pada 2010 ~ Batang Lupar Riverine Park Phase I
The same spot in 2010 ~ now is known as the Batang Lupar riverine Park Phase I


Jawatankuasa Pelancaran Pesta Benak dipengerusi oleh Tuan Residen Bahagian Sri Aman Encik Abang Shamshudin Abang Seruji

The Pesta Benak Launch Committee is chaired by the Sri Aman Division Resident, Abang Shamshudin Abang Seruji

Dari kiri dalam gambar: Puan Felicia Tan - Timbalan Residen Sosial Bahagian Sri Aman, Tuan Residen sebagai Pengerusi, Encik Henry Tuah wakil Jurutera Bahagian Jabatan Pengairan dan Saliran Sri Aman, Ketua Polis Daerah Encik Mat Jusoh dan Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman

From Left in the photo above: Madam Felicia Tan - Deputy Resident (Social) Sri Aman Division, Chairman the Residen, Mr. Henry Tuah representing the Sri Aman DID Engineer, District Police Chief Encik Mat Jusoh and Mr. Jack Aman, the Secretary of the Sri Aman District Council

Di antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat yang diadakan pada petang tadi adalah untuk memberi nama yang boleh diingati bagi Pesta ini. Oleh kerana susana Pesta yang sedia wujud di aktiviti ini maka memberi nama Pesta tidak perlu diletakkan di dalam promosi. Semua ahli telah bersetuju untuk menamakan perayaan ini sebagai Regatta Benak Batang Lupar, Sri Aman.

Among the matters discussed during the Launching Committee's meeting was the rebranding the Benak festival name so that it will be catchy and easy to identify with Sri Aman. The activity itself is already a known Festival and so the members agree the word festival (Pesta) can be omitted as it will understood. The proposed new brand for this event will be the Regatta benak Batang Lupar Sri Aman.

Leia Mais…