Monday, April 5, 2010

Its Benak Fiesta


PESTA BENAK 28 April - 2 May 2010

Warga Sri Aman sudah tidak sabar menunggu ketibaan 28hb April 2010 di mana Pesta Benak akan kembali mengegarkan bandar yang terletak 200 km dari Bandaraya Kuching ini. Setelah dua tahun suasana Pesta Benak tidak dirasai kini secara tidak rasminya tarikh yang telah ditetapkan untuk perayaan Pesta Benak adalah mulai dari 28 April 2010 hingga 2 Mei 2010 - suasana berpesta selama lima hari yang akan dihadiri oleh setiap lapisan masyarakat di Bahagian Sri Aman dan juga warga dari luar Bahagian. Di antara aktiviti yang menarik yang dijangka akan diadakan termasuk lumba perahu (Regatta), pentas hiburan, gerai menjual pelbagai makanan asal Sri Aman, pelancaran rasmi dua tapak pelancongan yang penting iaitu Batang Lupar Riverine Park Fasa I dan Tidal Bore Observation Station.

The people of Sri Aman rejoice in anticipation of the upcoming Benak Festival which is set to make a return after a two years absence. The unofficial date is set at 28 April 2010 till 2 May 2010 - 5 days of festivities full of activities which is set to be celebrated by all of those from Sri Aman Division and outside. Among the highlights include boat race (Regatta), entertainment, a variety of food stalls featuring original Sri Aman cuisines and the official launching of the two torist attractions which are the Batang Lupar Riverine Park Phase I and the Tidal Bore Observation Station.

Mengimbas kembali peluncur benak Encik Antony Colas yang melayari gelombang Benak di Batang Lupar.

Remember Antony Colas the Benak Surfer who mesmerized us with his surfing skills along Batang Lupar river?


Sila Lawat Laman Ini Untuk Maklumat Tak Rasmi Terkini
Do Visit Us for the Unofficial Updates

0 Waves:

Post a Comment