Wednesday, April 28, 2010

Pelancaran Pesta Benak

Pelepasan belon sewaktu pelancaran Pesta Benak

Majlis Perasmian Pesta Benak Sri Aman 2010 telah selamat disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak pada 28 April 2010. Pada masa yang sama Buku Bergambar Sri Aman yang menceritakan Sri Aman pada zaman silam secara ilustrasi pelbagai gambar telah pun dilancar pada waktu yang sama. Terima kasih diucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menghadiri Majlis ini dan yang telah mencurahkan segala usaha untuk menjadikan upacara pelancaran ini menjadi nyata. tanpa sokongan serta nasihat daripada mereka majlis ini tidak akan diadakan dengan jayanya. cuaca yang baik, sokongan padu, kerjasama di antara ahli dan jabatan-jabatan lain di Bahagian Sri Aman memastikan segalanya boleh. Aktiviti-aktiviti pelancaran disampaikan di bawah. Di blog saya Nadai Nama Nama adalah versi Bahasa Inggeris.

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Yang Berhormat Datuk Patinggi Alfred Jabu Anak Numpang disambut mesra oleh YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, YB Encik Mong Dagang the Menteri Muda Pelancongan dan Pertanian dan YB TuanMasir Kujat Ahli Parliament P.202 Sri Aman.

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyaksikan tarian tradisi yang ditemani oleh muzik Rentak Benak

Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Ketua Jabatan Kanan bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di atas pentas utama

Di antara pegawai kanan yang turut hadir juga adalah (dari kanan0 Encik Nelson Mujah Girie, District Pegawai Daerah Lubok Antu, Encik Michael Dawi, Residen Bahagian Sarikei dan Encik Saudi Narani, Residen Bahagian Mukah

Bacaan Doa Selamat (prayers) : majlis ini turut dihadiri Tememggong Kanang Anak Langkau (batik kuning di barisan kedua) 

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyampaikan ucapan rasmi beliau
Pelancaran Buku berjudul "Sri Aman Mansang Maju" oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Ketua Menteri

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menunjukkan gambar yang menarik di Buku Sri Aman Mansang Maju

Ahli Dewan Undangan Negeri N.25 Balai Ringin mendapatkan tandatangan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri

Upacara Perasmian Pesta Benak 2010 serta perasmian Stesen Pemerhatian Benak sebagai Taman Panorama Benak

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri memerhatikan suasana indah dari Taman Panaroma Benak

Upacara perasmian diikuti oleh alunan muzik Rentak Benak

Pesta Benak 2010 telah dilancarkan dengan jayanya

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri melawat kawasan Pameran Benak di Taman Panaroma Benak

Kemunculan benak pada 28 April 2010 pada jam 4;18 petang dinanti-nantikan oleh semua warga Sri Aman dan disaksikan ombak yang besar seolah-olah menelan sebuah perahu

Sekali lagi warga Sri Aman ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ahli Yang Berhormat lain YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, YB Datuk Hajah Rohani Abdul Karim, YB Datuk Francis Harden Anak Hollis, YB Encik Mong Dagang, YB Tuan Masir Kujat, YB Tuan William Nyallau, YB Puan Hajah Simoi Binti Haji Peri, YB Encik Snowdon Lawan, YB Malcolm Mussen Lamoh dan YB Dr. Johnical Rayong kerana memeriahkan lagi majlis ini dengan kehadiran mereka. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan setugas dari Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dan jabatan-jabatan (Negeri dan Persekutuan) lain di peringkat Bahagian Sri Aman, Jabatan Ketua Menteri, Kementerian Pelancongan dan Warisan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan semua warga Sri Aman. Akhir kata daripada saya Selamat berpesta.

0 Waves:

Post a Comment