Sunday, April 18, 2010

Bahang Pesta Dirasai

Pesta Benak Sri Aman ATidak Lama lagi

Kepanasan matahari di waktu tengahari tidak sepanas bahang semangat berpesta penduduk Sri Aman untuk menyambut Pesta Benak. Tarikh rasmi yang ditetapkan pada 28 April 2010 hingga 2 Mei 2010 telah diumumkan semasa sidang akhbar Pesta Benak oleh Residen Bahagian Sri Aman. Perayaan pada tahun ini sungguh bermakna setelah dua tahun bandar ini tidak menyambut Pesta Benak. Ini adalah disebabkan infrastruktur pelancongan yang merupakan tapak utama Pesta Benak sedang dibina. Kini kedua-duanya siap, iaitu Taman Pemerhatian Benak Sri Aman dan juga Taman Batang Lupar.

Kini semua mereka yang terlibat sedang sibuk membuat persiapan bagi memastikan perayaan kali ini akan lebih meriah dan berwarna warni dengan pelbagai aktiviti menarik. Bandar Sri Aman bersedia untuk dilabel sebagai Bandar Benak Malaysia.


Sidang akhbar oleh Residen Bahagian Sri Aman pada 16 April 2010 dimana beliau telah mengumumkan program-program yang bakal diadakan.


Pemandangan indah dari tapak Fort Alice di Tebingan Batang Lupar yang terletak di atas Stesen Pemerhatian Benak


Ketibaan benak biasanya bersama bunyi kuat ombak yang memecah kesunyian Batang Lupar


Semua warga Sri Aman tidak sabar lagi menanti ketibaan Pesta yang berprestij ini dan kebanyakan mereka dapat dilihat menggunakan bot untuk melihat benak dengan lebih dekat lagi

Sri Aman Bandar Benak mengalu alukan kehadiran semua yang ingin mengikuti Pesta Benak 2010 di Bandar Sri Aman. Masa inilah pelawat-pelawat akan dapat menikmati bahan makanan asli Sri Aman. Aktiviti-aktiviti lain yang diumumkan dapat dilihat di rangkaian berkaitan di pautan dibawah.

Rangkaian berkaitan:

Sri Aman News Blogspot
Pesta Benak 2010 Unofficial Website
Sarawak Update 12 April 2010
Sarawak Update 16 April 2010

0 Waves:

Post a Comment